Sejarah FC Bekasi City

  • Pada 2014

Putra Ijen FC didirikan di Jember untuk bertanding dalam Liga 3 Jawa Timur.[3]

  • Pada 2018

PSG Gresik mulai bertanding di Liga 3 Jawa Timur setelah membeli lesen Putra Ijen FC[4]

  • Pada 2020,

PSG Gresik mengalami kesulitan kewangan akibat pandemik COVID-19. Akhirnya, kelab tersebut dibeli oleh Saiful Arifin dan dibawa pulang ke Pati. Dengan perpindahan itu, nama PSG Gresik diubah menjadi PSG Pati. PSG Pati bersama dengan Safin Pati Football Academy sempat mendapat perhatian dalam industri bola sepak Indonesia kerana memiliki fasilitas yang dikatakan luar biasa bagi sebuah kelab Liga 2.[5][perlu rujukan]

  • Pada 2021

AHHA PS PATI FC berdiri setelah PSG Pati dibeli oleh para selebriti Atta Halilintar dan Putra Siregar, mencari kelab untuk dilakukan pelaburan. Sebelumnya, mereka sempat ke Sriwijaya FC, tetapi tiada kata sepakat terbina. Kemudian, Atta dan rakannya merujuk ke PSG Pati yang ketika itu sedang melakukan pemantapan pasukan di luar kota. Setelah berdiskusi dengan Saiful Arifin, mereka sepakat bahawa Atta akan membeli majoriti saham PSG Pati.[6] Dengan kepemilikan saham itu, Atta berhak megnubah nama, logo, dan prasarana kelub.

  • Pada 2022

FC Bekasi City berdiri setelah pusat AHHA PS Pati FC berpindah ke Bekasi.